Perutusan Pengetua

SAIDABismillahirrahmaanirrahim, Assalaamualaikum warahmatullaahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah (SWT) kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan laman web rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya II ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada unit Jawatankuasa ICT kerana telah berjaya membina laman web rasmi untuk sekolah ini.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat melayari Laman Sekolah Menengah Kebangsaan  Bugaya II. Dengan adanya Laman Web ini, diharapkan dapat memberi maklumat serta infomasi berguna kepada yang melayarinya tentang  visi dan misi serta segala aktiviti sekolah  yang telah , sedang dan akan dilaksanakan di sini.

Seterusnya saya ingin menyatakan bahawa ada empat pendekatan yang menjadi hala tuju SMK Bugaya II, iaitu Kecemerlangan Akademik, Kecemerlangan kokurikulum, Pembangunan sahsiah dan pembangunan EQ. Sehubungan dengan ini semua pihak termasuk warga pendidik, Staf, para pelajar serta PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya II  berganding bahu didalam menjayakan hala tuju sekolah ini.

Sebelum mengakhiri kata-kata ini, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi melayari Laman Web rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya II.

Semoga tuan/ puan mendapat maklumat daripada paparan Laman Web ini.Akhir kata ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merialisasikan Laman Web ini. Semoga Allah (SWT) memberkati usaha murni ini. 

Terima Kasih.

CIK. PUAN HAJAH SAIDA BINTI HJ USMAN

Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya II, Semporna.Sabah 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s