Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya adalah salah sebuah sekolah yang dibina secara runding terus ‘design and build’. Sekolah ini adalah merupakan sebuah sekolah yang dibina berasaskan konsep ‘Sekolah Bestari’ dengan pelbagai kemudahan yang bercirikan ‘alakolej’ disediakan. Oleh itu, sokongan semua pihak amat diperlukan bagi menggerakkan sekolah ini menjadi salah sebuah sekolah yang bukan sahaja baik dari segi fasilitis tetapi juga dapat menghasilkan pelajar yang berkualiti.

Sekolah ini dibina di sebuah tapak seluas 30 ekar. Sekolah ini terletak 8 kilometer dari Pekan Semporna. Lokasi sekolah terletak di kawasan Tanjung Kapur. Sekolah ini menempatkan para pelajar dari beberapa ‘feeder school’ seperti pelajar dari SK Tanjung Kapur, SK Pulau Bait, SK Pulau Larapan, SK Pulau Pababag, SK Lihak-Lihak dan SK Bugaya sendiri terutama pelajar yang berhampiran dengan sekolah.

Pendaftaran pelajar dilakukan pada 6 Julai 2005 iaitu lewat sehari daripada tarikh arahan daripada Jabatan Pelajaran Daerah. Kelewatan ini berpunca daripada sekolah asal (SMK Bugaya) tidak menerima surat arahan memindahkan pelajar. Atas usaha kedua-dua buah sekolah, satu majlis ringkas telah dibuat dengan memanggil semua ibu bapa pelajar tingkatan 1 dan 2 yang terlibat dalam perpindahan tersebut.

Pada masa pendaftaran semua pelajar telah dikelompokkan berdasarkan pencapaian dalam rekod kemajuan pelajar dari sekolah asal. Sebanyak 6 kelas tingkatan 1 dan 6 kelas tingkatan 2 dibentuk daripada 441 pelajar yang dipindahkan. Pada 7 Julai 2005 Pengajaran dan Pembelajaran mula dilakukan walaupun terdapat masalah akibat kekurangan guru. Pada minggu pertama perpindahan pelajar minggu orientasi dilaksanakan sebagai usaha untuk memperkenalkan kedudukan bilik-bilik dan kawasan tertentu seperti surau, asrama, makmal, dan bengkel.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s