18 Mei 2015 (Isnin) – Latihan persediaan semua rumah sukan untuk Kejohanan Padang dan Balapan 2015 yang akan diadakan bermula 26 Mei. Latihan ini berlangsung selama seminggu bermula 18 mei sehingga 22 Mei 2015.
18 Mei 2015 (Isnin) – Penyampaian Perutusan Sempena Hari Guru 2015 oleh Puan Pengetua, Hajah Saida Hj Usman. Antara intipati ucapan menekankan matlamat membina ilmu dan menyempurnakan akhlak murid hanya dapat direalisasikan jika kita mempunyai kurikulum yang mampu menjangkau keperluan cabaran pendidikan abad ke-21 untuk melahirkan murid yang dinamik dan seimbang dalam semua aspek.