22 April 2015 (Rabu) – Latihan dalam Perkhimatan (LDP2) SMK Bugaya II, Bicara Intelek berkaitan Visi dan Misi sekolah.
UNIT PENTADBIRAN
29 Mac 2015 (Ahad). Mesyuarat ini Dirasmikan oleh Tuan Hj Hasbullah bin Datuk Hj Raudah , Pegawai Tugas Khas kepada Dato’ Hj Mohd Shafie Hj Apdal. Seramai lingkungan 250 orang ahli PIBG hadir dalam masyuarat ini. Antara agendanya ialah perlantikan AJK baharu dan membincangkan beberapa usul. Pengerusi PIBG sesi 2015 dikekalkan, En. Mohd Yakin bin Jalling.Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Pada 16hb Feb 2015(Isnin). Pengetua SMK Bugaya II Cik Puan Hjh Saida Binti Hj. Usman telah membentangkan Visi dan Misi yang baru untuk sekolah SMK Bugaya II.
23 Januari 2015 (Jumaat) – Mesyuarat AJK PIBG SMK Bugaya II. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Mohd Yakin, pengerusi PIBG. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan beberapa program terdekat yang akan diuruskan oleh pihak PIBG sekolah dan ahal berkaitan. Bersatu menjana kecemerlangan anak-anak kalasahan.
19 Januari 2015 (Isnin) – Program 1PPD Majlis Perutusan Awal Tahun 2015 yang disampaikan oleh wakil PPD, Cik Linna Hj Hassin, Pegawai SIP, PPD Semporna. Perutusan ini bertujuan menyuntik semangat warga pendidik agar lebih komited dan berinovasi dalam usaha meningkatkan kecemerlangan. Terima kasih diucapkan atas perkongsian minda ilmu warga pendidikan.
Pada 11 Jan 2015 (Ahad) – Mesyuarat Pengurusan kali pertama tahun 2015 diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Bugaya II. Agenda utama mesyuarat ini ialah mengagihkan tugasan yang bakal digalas untuk tahun ini dan ucapan ulung Pengetua sebagai pendorong memulakan tugasan di tahun baharu. Penyerahan Sijil Penghargaan juga diberikan kepada Cikgu Amina Bayani yang akan bertukar sekolah. Selamat Meneruskan khidmat bakti sebagai pendidik!